Tuesday 27 December 2011

BENCANA ALAM BESAR BAKAL BERLAKU!!!

PEMANASAN  GLOBAL  DUNIA---
BENCANA  ALAM  BESAR  BAKAL  BERLAKU!!!


4799161992 d08b16d013 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Itulah realitinya pada hari ini. Bumi sudah rosak teruk, dalam erti kata lainnya sudah tua dah Bumi kita ini. Dalilnya? Cuma lihat paparan situasi terkini  di sekeliling kita daripada trajedi gempa bumi di Padang(Indonesia), tsunami di Samoa, gempa bumi di Kepulauan Solomon, gempa bumi di Vanuatu, gempa bumi di Propinsi Papua(Indonesia) begitu juga di Bhutan, Caracas(Venezuela) dan banyak lagi bencana alam di dunia yang sedang rancak berlaku di Bumi kita ini akibat daripada pemanasan global dunia. Bumi semakin rancak “berjoget” menunjukkan amarahnya dengan kerosakan yang bertitik-tolak perbuatan penduduk Bumi sendiri.


4798530171 771937b361 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Terbaru dikatakan bencana alam besar bakal belaku dalam jangkamasa 11 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2020. Ini hanyalah kajian manusia semata yang datangnya dari pakar-pakar dalam bidang ini dalam bidang ini. Yang pentingnya hakikatnya yang perlu ditelan oleh kita, Bumi kita sudah rosak dan apa tindakan kita sebagai “penghuninya” untuk mengatasi masalah ini daripada sekarang. Ini berikutan data terbaru yang dikeluarkan mengatakan, ketika ini Lautan Artik yang beku bakal menjadi menjadi laut terbuka selama musim panas dalam masa satu dekad daripada sekarang. Ekspedisi dan kajian kali ini diketuaiPeneroka Veteran kutub Inggeris, Pen Hadow.


4798530205 cc51a2a242 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Jika langkah-langkah pencegahan yang drastik terutamanya pengawalan peningkatan suhu dunia tidak dilakukan, gelaran yang diberikan kepada Kutub Utara sebagai “tutup putih di atas planet Bumi” hanya tinggal kenangan. Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan mereka dalam sepuluh tahun daripada sekarang, kira-kira lebih 80-85 peratus daripada Lautan Artik akan bebas ais. Implikasinya cukup-cukup besar. Pada masa itu bersedialah kita untuk menerima hakikat, kebanyakan negara akan tinggal sejarah
 dan sebutan sahaja apabila peningkatan paras laut meningkat dek kerana ais di Lautan Artik.


4799162110 ccff5a8e0b Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Yang rasa terlalu dekat untuk kita mengambil tindakan dengan pemanasan global dunia, antara lainnya kita mungkin boleh kurangkan kebergantungan penggunaan kereta. Tapi ada yang sanggup ker? Dengan keadaan sekarang ini daya beli penduduk bumi semakin terhadap penggunaan kereta. Kalau mahu dilaksanakan mungkin tidak mustahil jikalau alternatif yang terbaik dapat disediakan terutamanya kemudahan pengangkutan awam. Tetapi dengan “kecekapan” pengangkutan awam yang ada di negara kita pada hari ini, mungkin misi ini agak sukar dilaksanakan. Nak beli kereta hybrid mungkin kebanyakannya tak mampu.

4798530293 d25a828bf6 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


P/S : 11 tahun bukan suatu tempoh yang lama. Pejam celik, pejam celik sekejap masa akan berlalu dengan cepat. Apa pandangan dan cadangan yang boleh anda kongsikan di sini dalam isu pemanasan global dunia?

Sunday 25 December 2011

Thursday 22 December 2011

PEMANASAN GLOBAL

PEMANASAN  GLOBAL



Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artiklebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

FAKTOR  PEMANASAN  GLOBAL

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

PELEPASAN  KARBON  DIOKSIDA

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

KESAN  PEMANASAN  GLOBAL  DI  MALAYSIA

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

TENAGA  ALTERNATIF

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

Tuesday 20 December 2011

Sunday 18 December 2011

SOALAN MENGENAI PIRAMID MAKANAN

1.Aras manakah berdasarkan piramid makanan  yang 
ditunjukan, perlu diambil 3 hingga 5 sajian  dalam 
sehari ?

           A.  Aras 1
           B.  Aras 2
           C.  Aras 3
           D.  Aras 4


2  Susu, dadih dan keju terdapat di aras manakah dalam piramid makanan yang ditunjukkan ?

A.Aras 1
B.  Aras 2
C.   Aras 3
D. Aras 4


3  Sumber karbohidrat yang banyak, mineral, serat dan protein antara zat yang boleh  diperolehi  di aras  manakah dalam piramid  makanan ?

A. Aras 1
B.   Aras 2
C.   Aras 3
D. Aras 4


4  Apakah punca utama menyebabkan seseorang itu mendapat diabetis ?
   
A.Kegagalan pankreas mengeluarkan insulin dengan secukupnya.
B.Kegagalan buah pinggang mengawal gula dalam air kencing.
C.  Kekurangan zat makanan
D.Kekurangan selera makan


Tiga bahan kimia yang merbahaya dan boleh merosakkan paru-paru akibat  daripada menyedut asap rokok adalah seperti berikut KECUALI ………….

A.Nikotin
B.  Karbon Monoksida
C.  Enfisima
    D. Tar


6.  Apakah jenis rawatan yang diperlukan untuk gigi yang tidak teratur ?

A.Tampalan
B.  Sealan Fisur
C.  Otodontik
D.Cabutan


7. Penyakit Taun ialah sejenis penyakit yang boleh  menyebabkan sakit usus yang teruk di mana seseorang
pengidap penyakit itu muntah dan cirit-birit atau kadang-kadang pengsan. Apakah panggilan lain untuk penyakit itu ?

A.Kolera
B.  Demam Kura
C.  Denggi Berdarah
        D.Rubella


8.  Apakah yang dimaksudkan dengan  ‘Pneumonia’ ?

A.Radang hati
B.  Radang paru-paru
C.  Radang pada apendika
D.Bengkak pembuluh hati


9.  Siapakah yang melihat parasit malaria hidup  dalam perut manusia yang berpunca daripada nyamuk Anopheles ?

A.Patrick Manson
B.  Florence Nightingale
C.  Joseph Lister
D.Ronald Ross


10.  Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan setiap hari oleh  manusia. Apakah faedah utama yang diperolehi  daripada aktiviti ini ?

A.Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat.
B.  Menjadikan badan kita lebih kurus dan menarik.
C.  Dapat mengempiskan perut yang buncit.
D.Memudahkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan betul.





 JAWAPAN: 
1 B          2 C         3 A        4 A           5 C     
6 C         7 A        8 B         9 D         10 A

Friday 16 December 2011

PIRAMID MAKANAN

Pengenalan
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

piramid makanan

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.
Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.
Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.
Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.
Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

Wednesday 14 December 2011