Friday 21 October 2011

Penyebaran Biji Benih

Penyebaran Biji Benih:
  1. Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
  2. Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
  3. Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

     
  1. Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah  disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.
  2. Antara penyesuaian ini ialah:

Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.



Soalan latihan



1.
Cara penyebaran biji benih yang paling sesuai bagi biji benih dalam Rajah 1 ialah

A
air.

B
angin.

C
haiwan.

D
mekanisme letupan.


2.
Kewujudan alam semula jadi perlu dikekalkan supaya

A
Bumi sentiasa kelihatan hijau.

B
tidak menjejaskan kawasan rekreasi.

C
tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

D
alam semula jadi tidak pupus.

3.
Antara penerangan berikut, yang manakah menerangkan 
tentang kemandirian spesies haiwan?

I
Berkulit keras

II
Bertelur dengan banyak

III
Menjalankan proses perkumuhan

IV
Menyerang musuh yang mengancam anaknya




A
I sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
I, II, III dan IV sahaja





Jawapan: 
1.         B                     2.         D                     3.         C                     





No comments:

Post a Comment