Sebelum ini saya ada menulis entry berkenaan light trail atau light painting iaitu satu teknik merakamkan gambar pergerakan cahaya (bagi yang belum membaca, sila klik sini). Entry kali ini akan membincangkan topik yang hampir sama dengan konsep light painting. Bezanya, sumber cahaya yang dirakamkan dalam teknik star trail adalah bintang-bintang di langit.
Teknik ini memerlukan kita merakamkan gambar bintang-bintang di langit dalam bilangan frame yang banyak yang kemudiannya dicantumkan menggunakan software Photoshop. Maka, gambar yang terhasil adalah garisan-garisan cahaya yang dihasilkan oleh pergerakan bintang-bintang di langit.
Peralatan:
- Kamera
- Tripod
- Cable/remote release
Langkah-langkah:
- Letakkan kamera pada tripod. Dongakkan kamera menghadap ke langit.
- Setkan kamera pada shooting mode manual bagi membolehkan kita mengawal kamera secara bebas. Setkan nilai aperture kepada nilai yang paling rendah. Ini bermakna bukaan lensa yang paling luas. Shutter speed pula disetkan pada nilai 30". Ini bermakna sensor akan didedahkan kepada cahaya bintang selama 30 saat. Bagi nilai ISO pula, gunakan ISO yang paling rendah bagi mendapatkan kualiti gambar yang paling baik. Disebabkan tersangat gelap, saya menggunakan ISO 800. Ini menyebabkan kualiti gambar yang saya perolehi sedikit tidak memuaskan.
- Fokuskan pada bintang-bintang. Walaubagaimanapun, dalam keadaan langit malam yang gelap, usaha memfokus adalah sukar. Maka adalah lebih baik jika setting fokus disetkan kepada manual.
- Setelah selesai setting dan fokus, gunakan cable release atau remote release untuk merakamkan gambar. Proses ini perlu dilakukan berulang kali yang mana mengambil masa lebih daripada satu jam. Rakamkan gambar bintang-bintang sebanyak mungkin sehingga anda berpuas hati.
- Setelah selesai merakamkan gambar bintang-bintang, kita perlu menggunakan software mengedit gambar bagi menggabungkan gambar-gambar bintang tersebut supaya menjadi satu gambar. Saya menggunakan software Photoshop CS3.
- Bukakan gambar pertama.
- Kemudian bukakan gambar seterusnya di atas gambar yang terdahulu di atas layer yang baru. Bagi setiap gambar (kecuali gambar yang pertama), tekankan butang kanan pada tetikus (right click) dan pilih 'Blending Options...' dan setkan Blending Mode kepada Lighten.
- Save gambar yang terhasil.
Inilah hasilnya...
Tips:
- Pastikan langit gelap dan bintang-bintang kelihatan.
- Kompos gambar sebaiknya dengan meletakkan sedikit subjek pada foreground. Merakamkan gambar bintang semata-mata akan menyebabkan gambar menjadi sedikt membosankan.
- Gunakan unsur garisan (leading line) yang membawa mata pemerhati kepada subjek.
- Gunakan tripod yang kukuh.
- Sedikan baju sejuk (jika perlu)
Antara hasil jurufoto yang lain:
Menggunakan tinggalan bangunan sebagai subjek pada foreground menjadikan gambar lebih menarik.
Menggunakan pantai sebagai garisan yang membawa mata kita kepada subjek (star trail)
Sekali lagi menggunakan unsur garisan.
Menggunakan prinsip 'rule of third' dalam meletakkan subjek pada foreground.
No comments:
Post a Comment