Tuesday 27 December 2011

BENCANA ALAM BESAR BAKAL BERLAKU!!!

PEMANASAN  GLOBAL  DUNIA---
BENCANA  ALAM  BESAR  BAKAL  BERLAKU!!!


4799161992 d08b16d013 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Itulah realitinya pada hari ini. Bumi sudah rosak teruk, dalam erti kata lainnya sudah tua dah Bumi kita ini. Dalilnya? Cuma lihat paparan situasi terkini  di sekeliling kita daripada trajedi gempa bumi di Padang(Indonesia), tsunami di Samoa, gempa bumi di Kepulauan Solomon, gempa bumi di Vanuatu, gempa bumi di Propinsi Papua(Indonesia) begitu juga di Bhutan, Caracas(Venezuela) dan banyak lagi bencana alam di dunia yang sedang rancak berlaku di Bumi kita ini akibat daripada pemanasan global dunia. Bumi semakin rancak “berjoget” menunjukkan amarahnya dengan kerosakan yang bertitik-tolak perbuatan penduduk Bumi sendiri.


4798530171 771937b361 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Terbaru dikatakan bencana alam besar bakal belaku dalam jangkamasa 11 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2020. Ini hanyalah kajian manusia semata yang datangnya dari pakar-pakar dalam bidang ini dalam bidang ini. Yang pentingnya hakikatnya yang perlu ditelan oleh kita, Bumi kita sudah rosak dan apa tindakan kita sebagai “penghuninya” untuk mengatasi masalah ini daripada sekarang. Ini berikutan data terbaru yang dikeluarkan mengatakan, ketika ini Lautan Artik yang beku bakal menjadi menjadi laut terbuka selama musim panas dalam masa satu dekad daripada sekarang. Ekspedisi dan kajian kali ini diketuaiPeneroka Veteran kutub Inggeris, Pen Hadow.


4798530205 cc51a2a242 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Jika langkah-langkah pencegahan yang drastik terutamanya pengawalan peningkatan suhu dunia tidak dilakukan, gelaran yang diberikan kepada Kutub Utara sebagai “tutup putih di atas planet Bumi” hanya tinggal kenangan. Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan mereka dalam sepuluh tahun daripada sekarang, kira-kira lebih 80-85 peratus daripada Lautan Artik akan bebas ais. Implikasinya cukup-cukup besar. Pada masa itu bersedialah kita untuk menerima hakikat, kebanyakan negara akan tinggal sejarah
 dan sebutan sahaja apabila peningkatan paras laut meningkat dek kerana ais di Lautan Artik.


4799162110 ccff5a8e0b Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


Yang rasa terlalu dekat untuk kita mengambil tindakan dengan pemanasan global dunia, antara lainnya kita mungkin boleh kurangkan kebergantungan penggunaan kereta. Tapi ada yang sanggup ker? Dengan keadaan sekarang ini daya beli penduduk bumi semakin terhadap penggunaan kereta. Kalau mahu dilaksanakan mungkin tidak mustahil jikalau alternatif yang terbaik dapat disediakan terutamanya kemudahan pengangkutan awam. Tetapi dengan “kecekapan” pengangkutan awam yang ada di negara kita pada hari ini, mungkin misi ini agak sukar dilaksanakan. Nak beli kereta hybrid mungkin kebanyakannya tak mampu.

4798530293 d25a828bf6 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


P/S : 11 tahun bukan suatu tempoh yang lama. Pejam celik, pejam celik sekejap masa akan berlalu dengan cepat. Apa pandangan dan cadangan yang boleh anda kongsikan di sini dalam isu pemanasan global dunia?

1 comment:

  1. hai cikgu..
    blog yang menarik dan penuh info..
    jemput ke blog saya,
    http://permatapendidik.blogspot.com/

    ReplyDelete