Thursday 1 December 2011

GEMPA BUMI

AKIBAT  GEMPA  BUMI

  • Bangunan roboh
  • Kebakaran
  • Jatuhnya korban jiwa
  • Permukaan tanah menjadi merekat dan jalan menjadi putus
  • Tanah runtuh akibat gegaran
  • Banjir akibat rosaknya tanggul
  • Gempa di dasar laut yang menyebabkan tsunami

TIPS  MENGHADAPI  GEMPA   BUMI

A. Bila berada di dalam rumah:
  • Jangan panik dan jangan berlari keluar, berlindunglah di bawah meja atau katil.
  • Bila tidak ada, lindungilah kepala dengan bantal atau benda lain.
  • Jauhi rak buku, almari dan jendela kaca.
  • Hati-hati terhadap langit-langit yang mungkin runtuh, benda-benda yang tergantung di dinding dan sebagainya.

B. Bila berada di luar:
  • Jauhi bangunan tinggi, dinding, tebing terjal, pusat elektrik dan tiang elektrik, papan reklame, pokok yang tinggi, dan sebagainya.
  • Usahakan dapat mencapai kawasan yang terbuka.
  • Jauhi rak-rak dan jendela kaca.

C. Bila berada di dalam bilik am:
  • Jangan panik dan jangan berlari keluar kerana kemungkinan dipenuhi orang.
  • Jauhi benda-benda yang mudah tergelincir seperti rak, almari dan jendela kaca dsb.

D.  Bila sedang memandu kenderaan:
  • Segera hentikan di tempat yang terbuka.
  • Jangan berhenti di atas jambatan atau dibawah jambatan layang / jambatan penyeberangan.

E.  Bila sedang berada di pusat membeli-belah , pawagam , dan tingkat bawah mall:
  • Jangan menyebabkan kepanikan atau korban dari kepanikan
  • Ikuti semua arahan dari pegawai atau pegawai keselamatan

F.  Bila sedang berada di dalam lif :
  • Jangan gunakan lif saat terjadi gempabumi atau kebakaran. Lebih baik menggunakan tangga kecemasan
  • Jika anda merasakan getaran gempabumi saat berada di dalam lif, maka tekanlah semua butang
  • Ketika lif berhenti, keluarlah, lihat keselamatan dan jauhi
  • Jika anda terjebak dalam lif, hubungi pengurus bangunan dengan menggunakan interphone jika ada

G.  Bila sedang berada di dalam kereta api :
  • Berpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuh sekiranya kereta dihentikan secara mendadak
  • Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari pegawai kereta
  • Salah faham terhadap maklumat pegawai kereta atau stesen akan mengakibatkan kepanikan

H.  Bila sedang berada di gunung / pantai:
  • Ada kemungkinan lonsor berlaku dari atas gunung . Menjauhlah terus ke tempat yang selamat.
  • Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah berpindah ke dataran yang tinggi.

I.  Beri pertolongan:
  • Sudah dapat diramalkan bahawa banyak orang akan cedera saat terjadi gempabumi besar. Kerana pegawai kesihatan dari rumah-rumah sakit akan menghadapi kesulitan datang ke tempat kejadian maka bersiaplah memberikan pertolongan pertama kepada orang-orang berada di sekitar anda.

Evakuasi:
  • Tempat-tempat pelarian biasanya telah ditetapkan oleh pemerintah daerah. Pengungsian perlu dilakukan jika kebakaran meluas akibat gempabumi. Pada prinsipnya, pemindahan dilakukan dengan berjalan kaki di bawah kawalan pegawai polis atau agensi kerajaan. * * * Bawalah barang-barang secukupnya.

RUMUSAN:
  • Saat gempabumi besar terjadi, masyarakat terpukul kejiwaannya. Untuk mengelakkan kepanikan, adalah penting sekali setiap orang bersikap tenang dan bertindaklah sesuai dengan maklumat yang benar. Anda boleh mendapatkan maklumat yang benar dari pihak berkuasa, polis , atau pegawai PMK. Jangan bertindak kerana maklumat yang tidak jelas.

No comments:

Post a Comment