Saturday, 12 November 2011

LATIH TUBI SAINS

1   Antara yang berikut, yang manakah membezakan manusia daripada
     haiwan?
A Manusia boleh berinteraksi.
B Manusia boleh bernafas.
C Manusia mempunyai otak untuk membezakan yang baik dan yang buruk.
D Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.


2   Ibu menyidai tuala di bawah sinaran matahari. Antara yang berikut,
     yang  manakah sesuai dilakuka supaya tuala tersebut kering
     dengan cepat?
A Lipatkan tuala menjadi segi empat sama.
B Gulungkan tuala tersebut.
C Bentangkan tuala tersebut supaya permukaan yang terdedah lebih luas.
D Lipat supaya tuala menjadi lebih tebal.


3.   Di antara yang berikut, yang manakah akan menukarkan kertas litmus
      daripada merah ke biru?
A Jus limau
B Ubat gigi
C Air pili
D Susu



    Ular             Cacing  tanah               Ayam hitam                 Helang

4.   Rajah atas  menunjukkan kumpulan haiwan yang terdapat di suatu
      habitat.   Di antara penyatan berikut yang manakah mungkin berlaku
       kepada  bilangan haiwan sekiranya tidak terdapat ular dalam
       habitat tersebut?
A Ayam hutan dan cacing tanah bertambah dan helang tidak ada.
B Ayam hutan tidak ada, cacing tanah bertambah dan ayam hutan  bertambah.
C Ayam hutan berkurangan, cacing tanah berkurangan dan helang bertambah.
D Ayam hutan bertambah, cacing tanah berkurangan dan helang tiada




5    Penyataan manakah yang benar tentang asteroid?
I terletak di antara planet Marikh dan Musytari
II terdiri daripada batuan dan logam
III memantulkan cahaya
IV dikenali juga sebagai tahi bintang

A I sahaja
B I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV



6   Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan mengitar
     semula bahan?
A Menghasilkan bahan yang lebih berkualiti
B Mempelbagaikan hasil pengeluaran
C Menjimatkan sumber semula jadi
D Menambahkan kos produk



7   Antara yang berikut, yang manakah kemajuan terkini dalam bidang
     pengangkutan di Malaysia?
A Kereta Proton
B Kapal terbang
C LRT
D Bas



8   Antara yang berikut, yang manakah kesan sampingan teknologi
     terhadap  alam sekitar?
I Kepupusan flora dan fauna
II Letusan gunung berapi
III Banjir kilat
IV Pencemaran alam

A I sahaja
B II sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja



9   Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumbangan teknologi
     dalam kehidupan manusia?
A Menjadikan manusia tamak
B Menambahkan kos kehidupan
C Mempercepat manusia berkomunikasi
D Menjadikan manusia sentiasa bermusuhan




JAWAPAN
1 C            2 C            3 B           4 D              5 B             6 C             7 C               8 C            9 C

No comments:

Post a Comment