Tuesday 1 November 2011

HAIWAN YANG TELAH PUPUS

Nak Tengok Antara Haiwan Yang Dah Pupus??

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus....

Aurochs pupus sejak 1627. Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu.Setelah sekurang-kurangnya 80 tahun dilihat kelibatnya.



Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.



Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.




Quagga (Equus quagga quagga) ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang. Ia pernah ditemui dalam jumlah besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh. Seperti kuda belang yang sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai, begitu juga quagga. Nama Quagga berasal dari kata Khoikhoi untuk kuda belang. Quagga pupus akibat perburuan oleh manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya.






Mammoth adalah genus gajah purba yang telah punah. Ukuran tubuhnya lebih besar daripada gajah normal yang ada di dunia saat ini. Gadingnya melingkar membentuk kurva ke arah dalam dan, dalam spesies utara, dengan rambut panjang. Ada miskonsepsi bahwa mammoth lebih besar dari gajah. Spesies terbesar mammoth yang diketahui, Mammoth Imperial California, memiliki tinggi punggung sekurangnya 5 meter. Mammoth umumnya memiliki berat 6-8 ton, namun mammoth jantan yang besar beratnya dapat mencapai 12 ton. Gading mammoth sepanjang 3,3 meter ditemukan di utara Lincoln, Illinois tahun 2005. Sebagian besar spesies mammoth memiliki ukuran sebesar Gajah Asia modern.




Setelah sekurang-kurangnya 80 tahun dilihat kelibatnya, Eastern Cougar akhirnya diistiyharkan pupus secara rasmi. Haiwan yang terkenal dengan warna bulunya yang perang kekuning-kuningan itu telah berada dalam senarai spesies terancam sejak 1973.

2 comments:

  1. wah banyak sungguh haiwan yang menarik sudah pupups

    ReplyDelete
  2. kesiannye...haiwan yg tak pernah tengok sebelum ini......

    ReplyDelete